Assalammualaikum
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Pengurusan, JPA akan menganjurkan Kursus Team Building BKP bagi pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2010. seperti di maklumat berikut :-
Tarikh : 23 hingga 25 November 2010 (Selasa hingga Khamis)
Tempat : Teluk Dalam Resort, Pualu Pangkor, Perak
Masa Pendaftaran : 8.00 pagi (Selasa)
Bas Bertolak : 8.15 pagi
Tempat Berkumpul : Depan MAYBANK, Blok C1, Kompleks C, JPA
3. Untuk makluman, tuan/puan dibenarkan memakai pakaian smart casual atau pakaian sukan semasa hari bertolak (Selasa) dan hari perjalanan pulang ke JPA(Khamis). Sepanjang berlangsungnya kursus ini tuan/puan diwajibkan memakai pakaian dan kasut sukan.
4. Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah diharapkan. Untuk makluman jua, kursus ini hendaklah dihadiri dengan jayanya dan kehadiran adalah diwajibkan. Sekiranya tuan/puan tidak menghadiri kursus ini, tuan/puan diminta untuk mengemukakan memo dan dokumen sokongan berserta dengan perakuan daripada penyelia masing-masing menyatakan asas yang menyebabkan tuan/puan tidak dapat menghadiri kursus ini.
Sekian, Terima Kasih
"JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM"
"JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM"
SARIFFUDDIN BIN SULONG
PT(U)L1
SEKTOR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
TEL: 03 8885 3764
FAX: 03 8889 4810
E-MEL:sarif@jpa.gov.my
PT(U)L1
SEKTOR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
TEL: 03 8885 3764
FAX: 03 8889 4810
E-MEL:sarif@jpa.gov.my
0 comments:
Catat Ulasan