Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Tuan/puan,
Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman, masih terdapat 63 orang pegawai BKP yang mencatatkan '0' hari berkursus sehingga 2 Jun 2010 (Rabu). Pecahan mengikut Sektor/Unit adalah seperti berikut:-
BIL | SEKTOR/UNIT | BIL PEGAWAI YANG KURANG 7 HARI |
1 | Unit Pentadbiran Am | 35 |
2 | Unit Pendaftaran Sulit dan Terbuka | 12 |
3 | Unit Kebajikan dan Sukan | 5 |
4 | Sektor Pengurusan Sumber Manusia | 4 |
5 | Unit Pengurusan Maklumat | 2 |
6 | Sektor Kewangan dan Akaun | 2 |
7 | Sektor Pengurusan Prestasi | 1 |
8 | Sektor Pembangunan Sumber Manusia | 1 |
9 | Unit BKP Cyberjaya | 1 |
JUMLAH | 63 |
3. Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan amatlah dipohon untuk memberikan maklumat kehadiran kursus terkini kepada UPKS, BKP dengan SEGERA untuk dikemaskini selewat-lewatnya pada 25 Jun 2010 untuk dikeluarkan daripada senarai '0' hari berkursus tersebut. Pegawai-pegawai yang masih kosong hari berkursus juga dinasihati untuk mengambil sesi E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) menerusi portal EPSA di http://www.epsa.intan.my. Senarai nama pegawai BKP yang masih '0' hari berkursus adalah seperti di Lampiran untuk rujukan tuan/puan jua.
Sekian, terima kasih.
"JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM"
"BKP TERBILANG"
(NOR SHAZLEEN BINTI ESHAK)
PP(U)P
Unit Penyelarasan & Khidmat Sokongan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
No. Tel. : 03-8885 3638
No. Faks : 03-8885 3824
Emel : shazleen.eshak@jpa.gov.my